Pelancaran Blog Cu Om's Homestay

Cu Om's Homestay telah mula beroperasi pada Disember 2011 hasil usaha dan idea daripada pemilik rumah En. Nazri. Beliau mempunyai banyak pengalaman dalam pengurusan dan pengendalian 'homestay'.

Dengan kepakaran dan kecekapannya, beliau mampu mengendalikan beberapa buah rumah sewa yang tinggi permintaannya dalam kalangan pelajar-pelajar UiTM dan Politeknik Seberang Prai (PSP). Beliau telah berkecimpung dalam bidang ini selama 10 tahun tanpa sebarang masalah. Pencapaian terbaharunya ialah pelancaran Cu Om's Homestay pada Disember 2011.

Cu Om's Homestay merupakan salah satu projek terbaharu yang dikatakan sangat berpotensi dalam memberi perkhidmatan penginapan kepada sesiapa sahaja yang mendambakan suasana yang berkonsepkan kedamaian kampung. Cu Om's Homestay  pasti  memberikan anda seribu satu ketenangan, keselesaan dan kepuasan maksima. Terdapat pelbagai  kemudahan kepada para penginap yang menjadi keutamaan :

1) Berkonsepkan banglo desa 2 tingkat.
2) Menyediakan kemudahan 4 buah bilik.
3) Ruang tamu yang luas yang menyediakan keperluan tv, sofa, meja, karpet, karbinet dan sebagainya.
4) Menyediakan kelengkapan dapur yang sempurna.
5) 2 buah bilik air.
6) Ruang kerja yang kondusif.
7) Dan keperluan yang lain.

Jadi, jangan lepaskan peluang anda untuk merasai sendiri pengalaman homestay yang cukup memberi kepuasan ini... ! (^_^)

Hubungi Kami : 016-4870227, sekarang!

2 comments:

KHAIRUL IMAN FC said...

tahniah diatas pelancaran blog ini !

Anonymous said...

indah gambar dari realiti

itu je mampu diungkapkan. rasa x berbaloi harga dgn kondisi rumah

mohon di perbaiki